CeRiTa PaSaL SaYa, DiA dAn DiA

CeRiTa PaSaL SaYa, DiA dAn DiA
WE ARE ONE HAPPY FAMILY!!!

Sunday, June 26, 2016

Jom jadi pemaaf..

Sy terbaca satu entri ni kat wall pesbuk.. x tau sumber asalny dari mana.. nak share jugak sbb lps baca ni rasa terkesan sgt di hati saya.. x yah kot jadi pemarah & pendendam walau macam mana pun orang dah sakiti kita sbb perasaan tu hanya akan buat hidup kita rasa lagi x tenang.. percayalah.. Sy tau sbb sy sedang merasainya.. huhuu :( Belajar redha dan serahkan semuanya pada Allah..  Biar Dia yg adili semuany.. InsyaAllah semuanya akan baik2 akhirnya...

*****
"Ustaz...apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?"

Jawapan ustaz...ringkas je...tapi menyentap...

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak akan ditanya oleh Allah...
Jika kita tak redha...tak memaafkan orang lain...kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT...nak ke?
Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB...nak ke?
Sebab ALLAH nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu... sorang-sorang akan datang menghadap minta maaf...nak ke?

Sedangkan...semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA...kita duk fikir-fikir lagi pasal nak meredhai ke tak...mengampunkan ke tak..."

Sekarang tanya balik kepada diri sendiri...berbangga ke kita dengan prinsip "merangkaklah korang cari aku kat padang mashyar nanti!' Sebab bukan dia jer tertangguh masuk syurga ... malahan kita juga...

Urusan kesalahan dia tu...biar ALLAH selayaknya membalasnya...
Biar ALLAH menghakimi....
Biar dia ditanya dihadapan ALLAH kelak...

Memaafkan orang...tak boleh baiki masa silam tapi akan memperbaiki masa hadapan kita...
Kita akan lebih tenang...
Insya Allah...


****

Salam 10 terakhir Ramadhan

No comments: