Sy terbaca satu entri ni kat wall pesbuk.. x tau sumber asalny dari mana.. nak share jugak sbb lps baca ni rasa terkesan sgt di hati saya.. x yah kot jadi pemarah & pendendam walau macam mana pun orang dah sakiti kita sbb perasaan tu hanya akan buat hidup kita rasa lagi x tenang.. percayalah.. Sy tau sbb sy sedang merasainya.. huhuu :( Belajar redha dan serahkan semuanya pada Allah.. Biar Dia yg adili semuany.. InsyaAllah semuanya akan baik2 akhirnya...
*****
"Ustaz...apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?"
Jawapan ustaz...ringkas je...tapi menyentap...
"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak akan ditanya
oleh Allah...
Jika kita tak redha...tak memaafkan orang lain...kita akan
LEWAT MENITI TITIAN SIRAT...nak ke?
Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA
DIHISAB...nak ke?
Sebab ALLAH nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang
kita tak redha tu... sorang-sorang akan datang menghadap minta
maaf...nak ke?
Sedangkan...semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke
SYURGA...kita duk fikir-fikir lagi pasal nak meredhai ke
tak...mengampunkan ke tak..."
Sekarang tanya balik kepada diri sendiri...berbangga ke kita dengan
prinsip "merangkaklah korang cari aku kat padang mashyar nanti!' Sebab
bukan dia jer tertangguh masuk syurga ... malahan kita juga...
Urusan kesalahan dia tu...biar ALLAH selayaknya membalasnya...
Biar ALLAH menghakimi....
Biar dia ditanya dihadapan ALLAH kelak...
Memaafkan orang...tak boleh baiki masa silam tapi akan memperbaiki masa hadapan kita...
Kita akan lebih tenang...
Insya Allah...
****
Salam 10 terakhir Ramadhan
Sunday, June 26, 2016
Sunday, June 19, 2016
Dikhianati
Belajar untuk percaya kembali selepas dikhianati adalah sesuatu yg paling sukar dibuat oleh seorang manusia biasa.
Umpamanya, kita sedang berhadapan dengan seseorang yang sgt rapat dgn kita yang sgt kita percaya & syg sblm ni, tapi dah bunuh semua ahli keluarga kita. Kemudian dia tercedera parah, datang merangkak pada kita, mengangkat tangan mengaku kalah, mohon maaf sambil merayu mohon jangan diapa2kan..
Waktu itu adakah kita masih ada rasa untuk memaafkan dan beri dia peluang atau kita patut bunuh jer dia terus?
**Jujurnya, sy pun xtau apa yg patut sy buat kalau sy mmg betul2 ada dlm situasi tu.. :(

Subscribe to:
Posts (Atom)