CeRiTa PaSaL SaYa, DiA dAn DiA

CeRiTa PaSaL SaYa, DiA dAn DiA
WE ARE ONE HAPPY FAMILY!!!

Thursday, July 2, 2015

Cerita Ramadhan 2015

ok.. inila julung2 kali sy buat entri kisah hidup sy utk taun 2015.. yg sebelum ni lorat nk abiskan cerita2 umrah la kononnya.. setaun baru siap kau.. gigih tak gigih.. hahaha.. sebenarny taun ni pun banyak benda best2 yng dah terlepas.. terasa nak jugak cerita kat sini tp nanti la tunggu2 kot2 ada masa lapang kang, i karangla cerita ala2 throwback kan..

hari ni dah 15 ramadhan.. tahun ni terasa mcm cepat betul masa berlalu.. banyak lagi plan2 yg nk dibuat x kesampaian lagi.. cerita pasal ramadhan saya sama jer kot mcm taun2 lepas.. so, kali ni utk kelainan sy nk cerita pasal 3 patient yg sy jumpa spjg ramadhan ni..

1. masa 1 ramadhan hari tu, sy tengah kaunseling sorang ibu pegnen anaemia.. dia bawak anak pompuan dia umoq lebih kurg 3 taun sekali. Budak tu buat la hal sendirik dok belek2 barang, bukak tutup locker kat bilik sy ni. sy biaq jer la. Sekali tetibe budak tu meraung kuat giler. Tekejut kitorang. rope2ny dia dah terkencing kat bilik sy.. banyak pulak tu.. sy takdan nk beralih, tengok2 air kencing dia meleleh terus kat kain sy.. huhu... terus mak dia angkat nak basuh kencing dia kat toilet. sy ni pulak dah terpaksa carik makcik cleaner sana sini nk mintak tolong mopkan bilik, nk kena cuci kain yang tekena kencing lagi.. pas tu nk jadi cerita kat luar bilik tu ada lagi beberapa org patient tgh tunggu queue nk jumpa saya.. kelab kabut jadinya.. last2 sy pindah pegi bilik mesyuarat sambung tengok patient kat sana. tengahari cabut balik rumah sat mandi2 salin baju semua. lawak aje kan.. hahaha.. inila dugaan 1 ramadhan namanya..

2. kisah 1 ibu india anemia jugak peknen dlm 6 bulan++ mcm tu.. hb sangat low. less 9. datang dekat2 nak pukul 1. muka pucat n nampak penat. sy pun interview la dia sikit2. rupanya tinggal sorang2, husband keje jauh kat tenganu, miskin tahap makan nasik lauk sayoq jer. dia dtg klinik sorang2 jalan kaki. sy tny la rumah dia kat mana. dia jawab dekat jer dgn klinik tu. mmg datang appointmnt checkup biasa jalan kaki. dah kebetulan dia patient last sy sebelum rehat, so sy offer la nak antar dia balik rumah sbb nampak mcm x bermaya gila. mati2 dia refuse x nak sy antar. mcm2 alasan la dia bagi sampai alasan x logik dia taktahan naik kete pun keluar. tapi, oleh sbb sy insist nk antar dia balik sbb tengok mcm dia x brp ok, akhirny dia setuju la jugak.. sekali dia bagi direction jalan balik rumah dia tu, mak aiii jauh yang amat kau. klu suruh sy yg tak peknen ni jalan pun, kompom sy xkan sampai2.. rupanya dia xde duit nak bayar teksi. sbb tu terpaksa jalan kaki. kesian dowh.. sblm dia turun tu sy pesan soh jaga diri baik2, jaga baby elok2.. hrp2 dia ok lps ni.. :(


3. ni kisah paling rare. baru berlaku semalam. patient sy 4 yo, quadrephelgic cp, on ryles tube, stiff, duduk dlm stroller jer. parent dia dua2nya bisu. ni 1st experience sy kena buat kaunseling dgn org bisu. parent muda lagi. spjg sesi kaunseling sy nampak dua2 tu mmg betul2 sayang kat anak dia yg cp tu.. dua2 belai budak tu sepanjang masa.. tersentuh dowh.. rasa mcm nak termenangis pun ada.. 1st time sy buat kaunseling secara bertulis. sy tulis soalan dia tulis jawapan. end up habis 4 helai kertas utk sesi kali ni. mak dia semangat betul nk bercerita pasal anak dia. dia risau sebenarnya berat anak dia tu makin susut, susut, susut.. sy pun dah advise apa yang patut. sy sangat looking forward nk jumpa diorg lagi utk nx tca 3 bulan lagi... positif sangat diorang walaupun semuanya serba kekurangan. kagum saya tau...

ok.. tu jer cerita 3 org patient terpilih.. sy rasa buat kaunseling masa bulan puasa ni mcm best sangat.. macam kepuasan sangat bila dapat tolong orang walaupun hakikatnya sy mmg penat dan haus bercakap x berenti dari pagi sampai petang. bila patient ucap terima kasih banyak2 atas nasihat, rasa hilang semua penat saya. Hikmah ramadhan kot.. Alhamdulilllah...

No comments: