CeRiTa PaSaL SaYa, DiA dAn DiA

CeRiTa PaSaL SaYa, DiA dAn DiA
WE ARE ONE HAPPY FAMILY!!!

Thursday, October 30, 2014

tetamu Allah part 6

Eh, lamanya nk sambung episod kali ni..
sampai cerita episod 5 pun kena baca balik sbb dah lupa tulis apa.. huhu..
Ni kira episod paling penting dalam story sy.. kira kemuncak la.. tapi bukan episod final tau.. nnti ada sambungan lagi kot (kalau saya rajin..)

Oraitt lets start!

Setelah mengharungi perjalanan yang panjang, akhirny kami sampai ke tempat sebenar tujuan kami berumrah, Kota Mekah yang sangat suci lagi mendamaikan.. Sampai dalam pukul 10 mlm gitu la kalau x silap.. Dlm bas td tu, sbnrny smpat jer sy tertidur.. Dekat2 sebelum masuk kota Mekah tu, mutawwif kejutkan semua jemaah sbb ada beberapa doa2 yg kita kena baca bila  masuk ke sini. Lepas baca doa, semua terus bertalbiah sampai bas berenti depan hotel.. Masa ni perasaan jangan cakapla.. jantung berdegup punya laju.. lain macam sangat perasaan berdebarnya..

Sampai tu, terus setelkan urusan check in hotel. Hotel kami namanya Nawarat Syaam, hotel kat baris2 kedai jual brg2.. rs mungkin jaraknya lebih kurang 800m-1km mcm tu nk sampai masjidilharam.. jauh x jauhla.. biliknya sedikit kecik berbanding hotel kat madinah tapi utk 2 org duduk, kira selesa la.. (duduk mekah mmg x boleh hotel best2, kang sibuk selesa sgt duduk hotel sampai x ingat nk beribadat pulak..)

Lepas angkat barang semua, kitorg terus kumpul beramai2 utk buat umrah wajib utk kali pertama. Masa tu sbnrnya dah pukul 11 lebih, almost nk pukul 12 tgh mlm.. tapi masa macam tu pun, punya la ramai orang yg masih bersesak2 keluar masuk masjidilharam.. kisahnya, kat sana, lagi malam, lagi ramai org berebut2 nk beribadat.. Indah sangat perasaannya tengok situasi mcm ni.. Kat Malaysia mmg x dapatla..

Pas tu, sampai masjidilharam, kami pun masuk beramai2 dan simpan selipar dalam uncang masing2. Selipar kena angkut bersama dgn kita spjg masa sbb kalau tinggal kat rak kasut, jawapannya selamat tinggal la...

Masuk jer dalam tu, kali pertama tengok Kaabah, Ya Allah mengalir air mata. Tak sangka, tuhan sudi terima saya menjadi tetamuNya. Memang terpegun, terpampan, terkasima, terkaget semua ada. Mana taknya, selama 33 taun hidup saya, ini kali pertama sy berada betul2 depan tempat yg sy kiblatkan dalam setiap solat saya. Selalu tengok atas sejadah jer.. ni depan mata okay! betul2 depan mata.. sembahyang dan berdoa berkiblatkan kaabah di depan mata.. Masya Allah... Subhanallah... Alhamdulillah..

Lepas tu, terus baca niat umrah dah terus mulakan ibadat tawaf. Mula2 tu sy risau2 jugak sbb masih tak sure aturan ibadat yg sebenar dgn x familiar tempat2 yg penting2 kat Kaabah tu. mana hajarul aswad, rukun yamani, maqam ibrahim, hijr ismail, dsb.. Nak jadi cerita pulak, orang terlalu lalu lalu ramai masa tu.. mmg jawapannya awal2 lagi la sy dah terpisah terus dgn jemaah yang lain.. hadoii... Tapi, nasibla, kebetulan sekali dgn saya nak bermula tu, ada segerombolan jemaah Indonesia yang mmg sangat ramai. Group diorg ni, yg bagusnya semua buat human chain, pegang tangan reramai dan baca doa ramai2 dan kuat2 sambil bertawaf tu.. kiranya, mmg kalau kena rempuh pun x kan putus la rantaian diorg tu..Mutawwif dia pulak semangat gila guide diorang. Suara kuat yang amat macam pakai mikropon.. so sy pun follow la rapat2 diorang & ikut jer apa yg mutawwif dia buat sampai la habis 7 pusingan tawaf..

Oh yer, kaabah tu sebenarnya kecik jer, x macam yg sy bayangkan.. nak habiskan satu pusingan tu sbnrny sekejap jer.. tapi yng buatkan lama tu adalah sbb org terlalu ramai, so, bila bersesak2 mcm tu, mmg perlahan la kita nk melangkah.. spjg tawaf tu kita digalakkan berdoa sebanyak mana yang kita nak.. ms tawaf, sy bawak buku panduan umrah yg gantung kat leher tu.. dalam buku tu, setiap pusingan tawaf doanya lain2.. doa ny tak panjang sangat dan semua doanya bagus2.. ..so, sy baca doa ikut buku dulu, pastu lps habis baru sy sambung dgn doa sy sendiri..

Habis tawaf, buat solat sunat 2 rakaat kat belakang maqam ibrahim, dan terusla sambung buat ibadat saie pulak. Sy ni mmg ikut jer la jemaah indon tadi sbb memang dah loss.. kang sesat lagi haru..

Seterusnya sambung pulak ibadat Saie; berulang alik 7 kali dari bukit safa ke bukit marwah. Yang ni saya rasa agak jauh jugak tapi yg hebatnya, mmg langsung x penat.. rasa tenang dan seronok sangat rasa nk sempurnakan ibadah umrah ni.. selesai saie, terus berdoa kat bukit marwah dan kemudian bertahallul.. Maka sempurna lah umrah wajib pertama saya. Tak penat, tak susah, tak de halangan, rasa lapang sangat dada... Alhamdulillah..

Habis semua tu, sy dgn suami cari port utk sambung beribadat dan berehat. So kami teruskan buat solat2 sunat dan mengaji sampai la masuk waktu subuh...

malam di masjidilharam

balik lepas isya'

saie.. di marwa



No comments: