CeRiTa PaSaL SaYa, DiA dAn DiA

CeRiTa PaSaL SaYa, DiA dAn DiA
WE ARE ONE HAPPY FAMILY!!!

Monday, August 4, 2014

Tetamu Allah (Part 4)

Tempoh kat madinah x lama sgt, cuma dalam 3 hari jer macam tu.. Sempat jugak dibawak ziarah keluar ke Masjid Quba', Jabal Uhud dan Ladang kurma. Ada tempat2 yang x sempat nak turun cuma lalu n tengok dari dalam bas jer macam Masjid Qiblatain dgn Masjid Tujuh.

Sikit informasi pasal tempat2 lawatan kami kat madinah:

 -Masjid Quba' adalah masjid yg pertama dibina oleh Nabi Muhammad. Masjidnya sgt cantik. Sempatla kami bersolat sunat dhuha kat situ. Mmg mana2 jemaah umrah akan dibawa bersolat kat situ sbb ada sabda Nabi  yang menyatakan ganjaran siapa yg bersolat di masjid tu adalah sama dengan pahala ibadat Umrah. Untungkan...
yg putih kat belakang sana tu la masjid quba'
 - Ladang kurma- antara tempat melontar utama yang wajib pergi. bukan melontar jamrah, tapi melontar duit. kat sini la kalau nak dapat kurma fresh dgn ape2 la produk makanan yg fofular kat madinah. Tempatnya dalam ladang kurma tu sendiri. pokok kurma tu macam pokok kelapa sawit je pun sbnrnya.. masa kami pergi tu nasib x brapa baik sbb bukan musim kurma, so x nampak la kurma bergayut2 kat atas pokok.. sy x menyoping banyak pun kat situ sbb sy tgk harga mahal yang amat. 2x ganda daripada harga kat madinah tu.. yg best ny kat situ kita boleh try makan ape2 pun yg kita nak. cuma kalau nak bungkus tu kena bayar la yer..

us with ustaz madhuri kat ladang kurma

uji rasa kurma
paksheikh n maksheikh arab mari...
 -Jabal Uhud- tempat berlakunya perang Uhud antara org Muslim dan pasukan musyrik Mekah. Dalm perang ni diceritakan pihak muslim yang kalah dan ramai tentera yang terkorban termasuk Saidina Hamzah dan Nabi sendiri mengalami kecederaan teruk. Sebenarnya kalau ikut sejarah, mula2 tentera muslim dah menang tapi sbb diorg tamak x sabar nak kaut harta rampasan perang, terus diorang kena counter attack oleh pihak musuh. Sedih kan.. So, semua pejuang2 yang gugur di medan perang Uhud disemadikan kat perkuburan makam Syuhada' kat situ jugak. Kat sini saya dan suami berkesempatanla mendaki Jabal Rumat, sebuah bukit yang tak tinggi sangat yang dikatakan tempat diletakkan pasukan pemanah masa perang tu.

@ jabal uhud
atas jabal rumat.. kami berjaya menuju puncak (rendah jer pun sbnrny)

view dari atas jabat rumat.. bukit belakang tu la jabal uhud, kawasan lapang kat bawah tu maqam syuhada
- masjid qiblatain, x dan singgah sbb nak kejar waktu solat zohor kat masjid nabawi. sejarahny, dulu mula2 sekali, kiblat org islam adalah kat baitul Maqdis(Masjid Aqsa). Satu hari masa nabi tgh solat, turun wahyu pulak utk pindahkan kiblat ke Masjidilharam. Jadi serta merta baginda menghentikan solatny, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram pulak. Terusla masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain, yang bermaksud masjid berkiblat dua.


- masjid tujuh adalah 7 buah masjid yg didirikan di tempat berlakunya perang khandak. khandak bermaksud parit sbb dalam peperangan ni tentera islam menggali parit untuk menghalang gabungan tentera musyrikin. Sebenarnya sy x nampak pun semua masjid tu sbb tengok dari dalam bas jer.. huhu..

lepas abis lawatan, bas kami cepat2 balik ke Madinah, dan Alhamdulillah dan2 sampai mmg on time azan zohor.. so sempatla solat berjemaah kat masjid nabawi. Oh lupa nak bagitau, fadhilat solat berjemaah di masjid nabawi adalah 1000 kali ganda berbanding solat ditempat lain.. So rugilah, org yang pergi ke madinah, tapi x berusaha utk dapatkan solat berjemaah di setiap waktu..

No comments: