![]() |
papa @ perkuburan baqi'. simple jer kubur kat sini kan. ditanda dgn batu jer.. |
Kat madinah ni jugak, kitorg mmg dah plan utk beli barang2 cenderahati utk bawak balik. katanya kat madinah lagi murah berbanding mekah dan lagi banyak pilihan. dengan yang lagi penting, kat mekah nanti, kitorg mmg plan nak beribadat sebanyak yang boleh. masjidilharam tuuu.. kang rasa rugi pulak datang jauh2 tapi banyak buang masa bersoping2an. Kat madinah ni ok lagi la nak soping2 sikit, agak tenang dan santai.. Sbnarnya kitorang soping pun bukannya beriya sangat.. duit bukan bawak banyak mana. beg pun kecik jer.. kebanyakan barang2 yg kitorg beli pun, cuma beli kat kedai2 tepi jalan yang dibukak secara temporary mcm kat pasar malam. x tau la halal ke haram.. lepas waktu solat biasanya banyak peniaga akan bukak meja @ bentang tikar luar pagar masjid. tak lama pas tu, datangla pak polis halau diorang dan semua peniaga bungkusla beramai2. Lps polis pegi, kejap lagi tu peniaga2 datang meniaga balik.. huhu.. tapi brg2 kat situ mmg murah la berbanding kat kedai yang betul2. harga pun boleh tawarmenawar lagi.. tu la yang best..
soping time! |
Kami x lama kat madinah. Sempat 3 hari jer macam tu. Hari jumaat dah kena bertolak ke Makkah. So, jumaat tu sempatla berpeluang merasa pengalaman bersolat Jumaat kat Masjid Nabawi. Alhamdulillah.. Lepas solat, terus buat ziarah wida' (ziarah selamat tinggal) ke maqam rasul. tapi x dapat la nak masuk balik ke raudhah. Ucap salam dan baca doa dari luar jer. Berkali-kali saya doa semoga Allah bagi kesempatan utk saya datang menziarahi Rasullullah lagi dan lagi dan lagi....
Pas tu balik hotel, siap2 utk ke Mekah pulak.. Beg2 semua dah packing awal2 letak kat lobi. Tinggal naik bilik utk mandi sunat ihram, pakai pakaian ihram dan check out terus. Lepas check out, mmg dah start nebes tau.. Tak tau la kenapa perasaan nak berumrah kali pertama ni rasa berdebar semacam. Dari Madinah, bas terus bawak ke Bir Ali ni yg x berapa jauh sangat la dari situ. Sampai jer kat masjid Bir Ali, kami beramai2 tunggu turn yg sangat panjang nak masuk toilet (huhu.. org ramai giler masa tu), terus pegi ambil wudhu' dan buat solat sunat ihram. Pas tu terusla berniat ihram. Makanya selepas saja berniat, terlaksanalah rukun
umrah yang pertama dan kami mulalah kena menjaga kesemua larangan dan pantang larang semasa berihram.
Sepanjang jalan kami dinasihatkan supaya banyak2 bertalbiah.. Syahdu weh perasaan masa tu.. Prjalanan jauh jugak tu.. rasanya adala dalam 6-7 jam nak sampai ke mekah tu. Sempat berenti kat r&r utk dinner dan solat jama' maghrib Isya'. Sampai kat Mekah dalam pukul 10 malam macam tu..