Hari tu sbnrnya dh prnah buat tajuk yg sama utk firas, tapi kali ni utk papanya pulak.. Entri ini adalah versi mengimbas kenangan lalu, berpatah balik ke saat sy memilih utk menjadi yang sah untuknya. Dia memang tersangat istimewa dan sangat banyak perkara yang buat sy jatuh hati pd dia.. Antaranya....
1.
Kejujuran dia dan watak dia yg sentiasa jadi diri sendiri. Dari hari pertama sy kenal dia, mmg itula true colours dia. Dia lgsung x hipokrit. Ms first date kitorg berdua, dia ajak sy kluar pegi pc fair @ pwtc. Dressing dia ms tu mmg fail, baju mmg buruk, lgsung x stylo, sgtla sempoi. poket pun kering, duit cukup2 belanja sy makan daily burger dgn air coke saiz cawan paling kecik SAHAJA. Cakap pulak loghat kelate pekat sampai sy selalu x paham.. Mule2 mmg rs x berapa nak suka, tapi lama2 sy rs dia ok jer.. Tapi one thing yg buat sy suka adalah dari awal, sy mmg betul2 mengenali AHMAD FAIRUZ CHE OMAR yang sebenar.. Takde ape2 pun yang terselindung dan cuba diselindungkan...
2.
Ada matlamat hidup yg jelas.
Dari mule2 kenal, dia mmg bgtau siap2 dia mmg nak berkawan dgn serius, xnak main2, dia nak seorang kawan yang boleh jadi isteri utk temankan dia spjg hidup..
3.
Sgt berusaha keras utk carik duit dan sgt hargai setiap sen yang dia dapat. Mule2 kenal mmg rnampak sgt dia ni sengkek, tak tau la mmg xde duit ke, kedekut ke, atau dia ni org yg jenis boros x reti nak manage duit. Tapi bila tau background hidup dia, mmg sy respect habis.. Mmg spjg bljr, dia xpernah dapat sesen pun drpd parent dia. So, utk survive, dia keje part time wktu mlm kat hotel. Duit ptptn dia cukup2 utk bayar yuran, makan, beli buku2 & brg keperluan. So, bila keje part time, duit gaji dia tu dapatla guna beli komputer, moto, ambik lesen, bagi belanja utk mak kat kg etc. Lps habis bljr, dia terus kje jd RA. Mmg start kje jer, dia terus smpan duit sikit2 sbb dah plan kalau nak kawin mmg taknak buat loan. Nk pakai duit hasil titik peluh sendiri... Makan ikat perut pun xpe, yg penting duit belanja nak kawin tu mesti cukup..
4.
Kesungguhan dia dalam hubungan. Sgt obvious kesungguhan dan keseriusan dia. Awal2 kenal mmg dia terus nak jumpa family sy. Dia pun bwk sy balik kg dia utk kenalkan dgn family dia jugak. So, relationship kitorg sgt transparent dan
semua org merestui...
5.
Tak tinggal solat.. Mmg ni antara faktor utama sy suka dia. Dia mmg xla alim mana pun.. Tapi bab solat,Alhamdulillah.. Sibuk macam mana pun, mmg solat x pernah tinggal. Jd, sy sgt pasti dia mampu jadi imam sy bukan setakat dalam solat tapi utk spjg hidup sy jugak..
6.
Agak sensitif pd ms2 tertentu. Ada banyak jugak moment ms bercintan cintun, dia menangis dpn sy.. Mmg salah sy sbb selalu menguji kesabaran dia dgn perangai sy yg degil dan selalu menyakitkan hati... Tapi sy respect pada dia sbb mampu bertahan dan bersabar dgn sy.. Part bergaduh tu xnak cite banyak2 kat sini.. Biar sy dgn dia jer yang tau...
Pastu, ms sy kje kat swak dulu, mmg dia la menjadi pak supir jemput dan antar sy pegi balik klia stp kali sy balik smnnjung. Ms tu mmg jarang sgt dapat jumpa dia. So part paling tak best adalah bila dia nak antar sy balik.. Spjg jalan pegi klia mmg kitorg xkan bercakap punya.. Air mata jer jd cara komunikasi.. Dua2 meleleh... Masing2 layan perasaan.. Romantikla konon... Chettt...
7.
Sense of humour... Dia sbnrnya sgt kelakar.. Kalau buat lawak, boleh layanla.. Everytime keluar dgn dia, mmg seronok sgt... Paling selalu dia buat, dia suka tukar lirik lagu & nyanyikan lagu tu utk sy..
Banyak lagi sbnrnya keistimewaan dia, tapi mals nak taip. Dahla susah payah sy menaip entri ni guna hp, pastu dia bukannya baca pun blog sy ni... Akhir kata, utk penutup entri ni sy nak jugak wish ucapan yg hari2 sy x pernah miss utk lafazkan... I LOVE U SYG (with lots of hugs &kisses)!! Muahmuah.. Bye!
Notakaki: sbnrnye dia outstation kat langkawi skrg.. ntah, tetibe rase mlm ni nak buat entri ala2 versi hati berbunga2.. xde sebab spesifik pun...