situasi:
suatu masa dulu zaman muda2, anda pernah bercinta dgn seseorang untuk beberapa lama..
anda tak pernah breakoff/ clash dgn dia...
anda terpisah dgn dia hanya kerana keterbatasan jarak dan masa..
anda tak pernah membenci/memusuhi dia..
walaupun anda telah bersama bertahun2 dgn dia, anda boleh terima kehilangan dia kerana dia pergi secara perlahan-lahan tanpa sedikit pun melukakan hati anda..
bila anda sedar dia telah pergi sepenuhnya dari hidup anda, anda mulakan hidup baru dan beranggapan dia juga melakukan perkara yang sama..
dan kedua2nya mula membawa haluan masing2 di lorong yang berbeza...
suatu masa...
di zaman kecanggihan teknologi dan it kini, anda berjumpa semula dengan dia..
lorong yang dulu seperti mustahil untuk bertemu, kini bercantum dipenghujungnya..
apabila anda berdua mula bercerita, semua kisah-kisah indah semasa bersama terimbas semula..
dan pada masa itu, anda mula menyedari bahawa masih ada rasa sayang anda pada si dia..
jadi, apakah tindakan anda selanjutnya..
meneruskan perjalanan yang sehala atau berhenti dan berpatah balik ke lorong yang berbeza...??
fikir2kan ya....